Tentang Kami


Sekolah Maya UNISELĀ  / UNISEL Virtual School (UVS)


1. Satu inisiatif yg digerakkan oleh Universiti Selangor bagi membantu calon-calon SPM dan STPM Kohort 2021.

2. Ia adalah satu platform pembangunan diri generasi muda Malaysia.

3. Teridiri daripada 3 elemen iaitu pembangunan bakat, pembangunan karakter dan pembangunan pendidikan.

4. Pembangunan bakat akan bermula dengan ujian personaliti dan kecenderungan kerjaya. Setiap peserta akan diminta utk mengambil ujian ini agar bakat dpt disuburkan secara fitrah.

5. Pembangunan karakter akan dimulakan dgn pendidikan nilai yg dikenali sebagai Nilai Budiman. Nilai Budiman ini akan menjadi paksi kepada pembinaan karakter. Para peserta akan memperolehi peluang utk mengikuti program, pertandingan dan sebagainya dlm usahakan menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Budiman ini.

6. Pembangunan akademik akan menumpukan bukan sahaja kepada pelajar, tetapi juga kepada para pendidik. Perkembangan semasa Covid 19 ini nemerlukan pendidikan bergerak ke hadapan dengan beradaptasi seiring dgn cabaran yg terhasil.

7. Buat masa ini, UVS menyediakan bimbingan kepada calon-calon SPM dan STPM secara atas talian. Ia berbentuk teknik menjawab soalan juga kelas-kelas bimbingan utk topik-topik khusus bagi mempersiapkan diri calon berhadapan dgn peperiksaan sebenar nanti.

8. Semua calon SPM dan STPM adalah dijemput utk mengikuti ceramah teknik menjawab soalan dan mengikuti kelas-kelas terpilih dgn mendaftarkan diri di uvs.unisel.edu.my

9. Semua ceramah dan kelas adalah percuma dan dibuat secara atas talian.


Hj. Amidi bin Abdul Manan,
Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti,
Universiti Selangor.