Pengajar

Zaharuzaman bin Jamaluddin

116 Pelajar mendaftar

About me

Tunjukkan biografi penuhy

DR. ZAHARUZAMAN BIN JAMALUDDIN dilahirkan pada 4 Mei 1969, di Seremban, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Sek Men Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Mendapat ijazah Sarjana Muda Teknologi Industri dari USM, dalam bidang Kawalan Mutu dan Peralatan (1993), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (2003) dari UiTM dan PhD (Peningkatan Kualiti dan Produktiviti) dari UKM (2016).

Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan di Universiti Selangor. Beliau mula bertugas di UNISEL sejak 2017. Sebelum itu, pernah bertugas di Toshiba Electonics Malaysia Sdn. Bhd. sebagai pengurus dan jurutera.

Dalam bidang pentadbiran, beliau pernah menjadi Peyelaras Program Pascasiswazah, jawatan pentadbiran semasa beliau Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Sumber di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan.

Dalam aktiviti akademik, beliau terlibat dalam pengajaran untuk kursus pengurusan strategik, pengurusan kualiti, isu-isu terkini perniagaan, keusahawanan dan penyelidikan perniagaan. Disamping itu beliau juga terlibat dalam penyeliaan pelajar doktor falsafah dalam bidang pengurusan.

Dalam penyelidikan beliau menjadi ketua projek untuk geran penyelidikan industri SEMESTA-MBI 2020. Manakala dalam penulisan beliau menerbitkan jurnal dalam bidang pengurusan kualiti dan prestasi organisasi. Antara penulisan yang telah diterbitkan ialah,

1. Issa Khalfan, Zaharuzaman  Jamaluddin & Setyawan Widyarto (2020). The Effect Of Quality Culture On Quality Management Practices And Projects Performance For Construction Companies - Conceptual Framework. Solid State Technology, 63 (2s), 6604-6621.

2. Yusra Salim Alhasani, Zaharuzaman Jamaluddin & Mohamad Nasir Saludin. (2020). The Mediating Effect of Organizational Learning in Relationship between ISO9001:2015 Practices and Organizational Performance in MOE in Oman. European Journal of Molecular & Clinical Medicine, 7 (6), 3045-3059.

3. Said Hamed Al Rawahi., Zaharuzaman Jamaluddin & Abul Bashar Bhuiyan (2020). The Review on the Effect of the Resources  Management Attributes and Aircraft Maintenance Efficiency of the Aviation Industries in Oman. Indian Journal of Finance and Banking , 4(3), 53-62.

4. Said Hamed Al Rawahi., Zaharuzaman Jamaluddin & Abul Bashar Bhuiyan (2020). The Conceptual Framework for the Resources Management Attributes and Aircraft Maintenance Efficiency in the Aviation Industries in Oman. International Journal of Accounting & Finance Review, 5(3), 31-40.

5. Issa Khalfan, Sulaiman Said,  Zaharuzaman Jamaluddin & Setyawan Widyarto (2020). Conceptual Framework on Quality Management Practices and Operational Performance for ISO 9001 Certified Construction Industries. International Journal of Academic Research in Accounting, Finance and Management Sciences, 10(2), 200-210.

6. Zaharuzaman Jamaluddin Ahmad Mahir Razali & Zainol Mustafa. 2016. Hubungan amalan pengurusan kualiti dan prestasi organisasi dalam industri pembuatan di Malaysia. Jurnal Teknologi. 78(7): 177-185.

7. Zaharuzaman Jamaluddin, Ahmad Mahir Razali, Zainol Mustafa & Mohd Rashid Ab Hamid. 2016. Quality management practices and performance measurement in the manufacturing industry: an instrument validation. Sains Malaysiana. 45(6): 999-1006.

8. Zaharuzaman Jamaluddin, Ahmad Mahir Razali & Zainol Mustafa. 2016. Quality management practice and organisational performance in manufacturing industry: a conceptual framework. Selangor Business Review. 1(1): 13-23.

9. Zaharuzaman Jamaluddin, Ahmad Mahir Razali & Zainol Mustafa. 2012. Persepsi ke atas penggunaan alat dan teknik kualiti terhadap prestasi kualiti dalam industri pembuatan. Journal of Quality Measurement and Analysis (JQMA). 8(2): 1-8.

Dalam aktiviti kemasyarakatan, pada tahun 2020 beliau bersama pelajar terlibat untuk program berikut,

1. Program khidmat masyarakat konservasi persekitaran alam sekitar dan kemudahan awam di Flat Seksyen 7, Shah Alam.

2. Majlis apresiasi & makan malam amal bersama anak yatim Rumah Penyayang Ulin Nuha.

116

Total students

1

Kursus

2

Ulasan