SPM PRINSIP PERAKAUNAN - PROSES PERAKAUNAN

SPM PRINSIP PERAKAUNAN - PROSES PERAKAUNAN

Permulaan 0(0 Penilaian) 0 Pelajar mendaftar Bahasa-melayu
Diwujudkan oleh JAMILAH KAMIS
Kemaskini pada Fri, 19-Feb-2021
+ Lihat lagi
Gambaran Kursus

KITARAN PERAKAUNAN

Kitaran perakaunan adalah proses kolektif untuk mengenal pasti, menganalisis, dan

merekod peristiwa perakaunan syarikat. Ini adalah proses 8 langkah standard yang bermula

apabila transaksi berlaku dan berakhir dengan penyertaannya dalam penyata kewangan.

1. Dokumen perniagaan - Dokumen-dokumen yang terlibat di dalam perniagaan sebagai

bukti sesuatu urusniaga sebagai contoh: inbois penjualan dan pembelian, bil-bil utiliti

seperti bil elektrik, bil air: resit-resit perbelanjaan dan penerimaan tunai

2. Buku catatan pertama (Jurnal) - Merekodkan maklumat-maklumat daripada dokumen-

dokumen perniagaan ke dalam Buku Catatan Pertama seperti Jurnal Jualan, Jurnal Belian

3. Lejar - Pengeposan merupakan prosedur memindahkan catatan dari jurnal ke dalam

akaun-akaun di dalam buku lejar dengan menggunakan Sistem Catatan Bergu.

4. Imbangan Duga - Senarai semua akaun-akaun di lejar yang mempunyai baki akhir bagi

tujuan untuk menguji ketepatan Sistem Catatan Bergu.

5. Pelarasan - Pelarasan perakaunan dicatatkan pada akhir tempoh perakaunan untuk

membuat penyata kewangan lebih tepat dengan menggambarkan pendapatan dan

perbelanjaan sesuatu perniagaan.

6. Imbangan Duga Terlaras - Senarai kesemua akaun-akaun di lejar termasuk pelarasan

diimbangkan semula bagi tujuan untuk menguji ketepatan Sistem Catatan Bergu.

7. Catatan Penutup - Proses pemindahan kesemua baki akaun sementara (jurnal dan lejar)

ke akaun tetap. Kesemua baki akaun hasil dan perbelanjaan perlu dipindakan ke Penyata

Untung dan Rugi, manakala baki di akaun aset, liabiliti dan ekuiti ke Penyata Kedudukan

Kewangan.

8. Penyediaan Penyata Kewangan - Penyediaan Penyata Kewangan melibatkan proses

mengumpulkan maklumat-maklumat perakaunan ke dalam set kewangan standard.

Jenis-jenis Penyata Kewangan sesuatu perniagaan adalah Penyata Untung dan Rugi pada

tahun berakhir dan Penyata Kedudukan Kewangan (Kunci Kira-kira) pada tahun berakhir.

Apa yang akan saya pelajari?

  • PROSES PERAKAUNAN
Keperluan
  • SPM
Kurikulum untuk kursus ini
1 Pengajaran 00:17:52 Jam
PROSES PERAKAUNAN
1 Pengajaran 00:17:52 Jam
  • PROSES PERAKAUNAN
    00:17:52
+ Lihat lagi
Kursus lain yang berkaitan
00:18:54 Jam
0 1 Percuma
00:31:46 Jam
Dikemas kini Fri, 19-Feb-2021
0 1 Percuma
Tentang Pengajar

JAMILAH KAMIS

0 Ulasan | 0 Pelajar | 1 Kursus
Maklumbalas Pelajar
0
0 Ulasan
  • (0)
  • (0)
  • (0)
  • (0)
  • (0)

Ulasan

Percuma
Termasuk: